Wednesday, October 19, 2011

Kelas Antenatal - Senaman ibu mengandung

Ok ok saya nak ceritalah ni! Kelas dimulakan dengan tayangan video perkembangan baby dalam perut. Kemudian, JT (Jururawat Terlatih) memberi penerangan tentang buku pink. Buat masa SEKARANG (7bulan keatas), ibu mesti letak buku pink di 1 tempat saja. Jangan tukar beg. Dan pastikan Suami TAHU KEDUDUKAN BUKU ITU! Ingat, waktu lunch hari jumaat pun WAJIB bawa buku pink. Balik kampung pun kena bawa! In case terjadi paper, wajib tunjuk buku pink pada doktor! Ok, cut the crap, WAJIB BAWA KE MANA SAJA.

Lagi, JT tanya sorang2x, nak bersalin di hospital mana?

Yaya : Putrajaya
JT : Suami dah tahu bahagian bersalin Hospital Putrajaya kat bahagian mana?
Suami : Tahu.
JT : Jangan salah hantar. Jangan hantar Emergency yer. Dia tak terima. Kalu tak tahu kene survey dari sekarang. Masa sakit dah gelabah dah susah nak tanya orang.

Ok, semua peserta pun ditanya soalan yang sama. Jadi, pembaca bolehlah amik tip yer.

Lagi, dia tegur pasal persiapan bersalin. Bawa baju baby yang butang depan supaya tak usik kepala dia masa nak pakaikan baju. Ibu pun kena ada baju butang depan supaya senang nak nyusukan bb.

Lagi, mulai sekarang kena prepare fizikal dan mental. Kuatkan semangat. Kata dengan hati yang kita akan lahirkan baby dengan selamat. Suami lagi kena kuat semangat. HKL adalah hospital rakan suami. Disini suami dibenarkan temankan isteri bersalin. Kamu jangan kecewa pula bila suami dah berjanji sumpah setia nak teman kamu masa bersalin tapi bila tiba saatnya suami sibuk dengan hal lain. Jangan kecewa. Ibu kena kuatkan semangat. Semangat untuk lahirkan anak yang dikandung. Ok, memang betul dia cakap. Kena set minda sekarang.

Amalkan doa pada Allah semoga dipermudahkan proses bersalin. Kalu masa bersalin tu baby tanak jugak keluar, cakap dengan dia. Contoh yang diberi "Baby, hari ni hari lahir baby. Baby kena keluar hari ni. Baby keluar ye sayang". Baby akan dengar, insyaAllah baby faham. -Ni la yang buat saya sebak pergi kelas ni. Sumpah memang menyayat hati. Satu proses yang buatkan saya memang teringat pada Emak! Oh, syahdu!

"Bila disuruh PUSH, baru PUSH"
Inilah bukaan serviks ye puan-puan. Bukaan 1-5cm akan disuruh makan nasi sebab nak tunggu sampai 10cm mungkin amik masa 8jam dan keatas. Memang masa tu sakit tapi nak tanak mesti makan jugak sebab nak tunggu 8jam mungkin kamu dah tade tenaga nak push. Wajib makan walau sakit macam mana pun keadaan.

Dan, pada bukaan 10cm baru boleh push. Dapat arahan push, push sekuatnya. Kalu kena caranya, hanya 2x push saja baby dah boleh keluar dengan jayanya. 1 push untuk kepala dan 1 lagi push untuk bahu dan keseluruhan badan baby.

Untuk 1st baby, biasanya bila dah 10cm doktor akan gunting sikit. Tapi waktu gunting tu dah tak rasa sakit sebab dah bercampur sakit nak lahirkan baby. Waktu tu pun memang ingat nak lahirkan baby je, dah tak ingat mende lain. =))

Elakkan menjerit, akan kurangkan tenaga untuk push. Dah warning siap2x. Tapi pada saya, waktu dah sakit mesti dah tak ingat nak control kan. Huhuhuhuhu.
Setelah diberi taklimat pembukaan. Kami diajar senaman ibu mengandung. I tell u what, senaman tu semuanya SENANG nak mampus. Tapi, ini komen dari saya sendiri : bila berbadan dua ni, senaman yang senang nak mampus menjadi susah nak mampus HAHAHA!! So, buat tahap yang boleh saja. Jangan paksa. Mula2x susahlah tapi kalu dah buat hari2x insyaAllah senang.....

Kami diajar bernafas sedalamnya melalui hidung, kemudian tahan 5saat dan lepaskan sepenuhnya dengan mulut yang dimuncungkan.
Gerakkan kaki dan tangan. Amalkan sekurang-kurangnya 3x sehari. Lebih lagi afdal. Tangan gunanya untuk cengkam kaki sendiri bila nak teran kelak. Kaki untuk depakan. Depakan tu mungkin berjam-jam. Amalkan senaman supaya tak cramp kelak.
Senaman kepala. Gerak ke kiri dan kanan jua.
Tangan again. Senangkan ?
Yang ni kaki jugak. Jengkitkan kaki ye puan-puan. Tahan 5saat dan ulang.
Kemudian, disuruh baring dan buat senaman lagi. Diberi motivasi bila disaat genting.
Tangan dah tak sampai ke hujung jari kaki. Fine. Haha!!
Last, kedudukan masa bersalin. Trylah. Tangan pegang kaki sendiri. Inilah kedudukan yang tatau berapa jam akan duduk macam ni.

Semoga Yaya dipermudahkan proses bersalin. Doakan Yaya yer!

Bakal-bakal ibu diluar sana, semoga anda pun dipermudahkan bersalin.

** Boleh kalu tak gunting tapi luka akan jadi pangkah-pangkah. Sebab koyak sendiri. Susah nak jahit dan susah nak jaga. Kalu gunting, luka akan jadi lurus je, senang nak jahit dan senang nak jaga. Hakikatnya, dua-dua sakit. Ya Allah, kau permudahkanlah proses bersalin ibu-ibu yang mengandung! Amin.

** Diajar juga cara curi-curi nafas sebab bila over tarik nafas, kepala baby yang dah keluar akan masuk balik. (Muncungkan bibir masa bernafas)

** Juga diberi peluang ke Labour room di HKL. Dan berjumpa dengan KJ (Ketua Jururawat) atau Sister incharge. Diberi penerangan serba sedikit tentang suntikan epidural, alat yang diletakkan diperut bagi tengok kedudukan baby dan uri dll.

** Juga diberi penerangan tentang cara penyusuan yang betul, cara penyimpanan susu pada suhu bilik, peti ais tingkat bawah dan tingkat atas (freezer). Cara perah susu pun ada. Diberi penekanan tentang khasiat susu ibu --> kempen habis-habis.

Terima kasih.

3 Responses:

zarina said...

macam mana kita nak g kelas camni ek

zarina said...

macam mana nak pegi kelas camni ek..kita sendiri kena cari dan register ke?

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Kelas ni buat di mana yer puan.